Sunday

Labbaikallah hummalabbai....




bismillah Pictures, Images and Photos


Akhirnya..doa yang sekian lama telah dimakbul Allah, apabila nama saya dan suami naik untuk menunaikan haji pada tahun 2009. Hanya Allah dapat membaca isi hati saya, betapa gembira kerana menerima pangilan dari Allah. Dengan niat yang suc
i agar dapat bergelar tetamu Allah dan usaha-usaha sekia
n lama memenuhkan duit di Tabung Haji akhirnya sampai juga hajat saya dan suami ke tanah suci.

Sepatutnya kami telah dipilih tabung haji untuk ke sana pada tahun 2010. Tanpa disangka, semua ketetapan bergantung kepada Allah, yang mana kami telah dipanggil menjadi tetamuNya terlebih awal. Terima kasih kepada seorang Dato kerana t
anpa usahanya, mungkin kami bakal ke sana pada waktu yang telah ditetapkan oleh tabung haji. Oleh kerana hatinya digerak Allah untuk beri peluang pada kami.Setelah menjalani kursus haji. Kami bersedia untuk bergelar tetamu Allah. Kasihan juga kerana masih ada sesetengah rakan yang sepatutnya pergi pada tahun tersebut masih belum menerima surat dari tabung haji untuk ke tanah suci, walaupun sudah menghadirkan diri berturut-turut ke kursus haji.

Panggilan Allah bagi hamba menjadi tetamuNya bukanlah disebabkan hambaNya memiliki harta yang banyak, bukan kerana dia seorang ternama, buk
an kerana dia seorang bangsawan, tapi tetamu Allah adalah hamba yang betul-betul berharap redha Allah.

Saya ada beberapa jiran di kampung yang mana mereka semua ini bukanlah kalang yang kaya, bukanlah ternama, tetapi mereka hanya kerja sebagai penjual kuih, menoreh getah dan ada juga pekebun sekolah dan bermacam-macam jenis pekerjaan yang bukan dipandang hebat. Tapi dengan niat mereka yang suci dan usaha mereka yang tidak pernah putus akhirnya, dapat juga bergelar sebagai tetamu Allah. Bila dilihat masih lagi ada ora
ng yang miliki harta yang banyak dan memiliki pendapatan yang mewah masih tidak dapat bergelar sebagai tetamu Al
lah..

Oleh itu, bagai sesiapa yang belum menunaikan haji walaupun mempunyai kewangan yang masih belum mengucukupi, janganlah berasa putus asa, berniat dari sekarang dan mula berusaha mengumpulkan duit sedikit demi sedikit. Tapi yang penting jangan pernah putus doa pada Allah.insyAllah mudah-mudahan Allah m
emakbulkan hajat kita semua..

Tapi ada sesetengah orang mempersoalkan, bagaimana
pula orang yang pergi ke haji tapi tiada perubahan yang berlaku pada diri individu itu yang mana sepatutnya sebelum ini dia baik tetapi setelah menunaikan haji dia lagi bertambah baik. Seperti cont
oh, sebelum ini individu ini tidak menutup aurat dengan sempurna, setelah pulang dari menunaikan haji dia mula menutup aurat dengan baik, dahulunya individu ini suka mengumpat tapi setelah dia pulang dia tidak lagi mengumpat..

Sebenarnya hal ini terpulang pada amalan individu itu sendiri bagaimana pengabdian dia pada Allah. Ada sesetengah individu beranggapan "aku harus menunaikan haji kerana rakan-rakan yang lain menunaikan haji" ada juga yang beranggapan "aku harus menunaikan haji untuk memenuhkan rukun". Memang haji adalah satu rukun wajib tapi yang penting disini adalah PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH.

Oleh itu, bagi setiap orang muslim perlu ada niat " bahasawanya aku menunaikan haji untuk minta ampun pada Allah dosa-dosa yang lalu, aku ingin mohon agar Allah memberi kebaikan hidup dan akhirat" barulah status haji dan hajjah itu bermak
na pada seseorang individu itu.

Setiap jemaah hanya berharapkan haji yang mabrur, oleh itu perubahan yang bertambah baik pada seseorang itu sebenarnya menjadi bukti dari hasil haji yang telah dikerjakan...

Memang banyak pengalaman saya sewaktu menunaikan haji. paling menyedihkan kebanyakan kalangan jemaah Malaysia yang tidak mengunakan peluang menunaikan haji untuk memperbaikan hubungan dengan Allah. Masih ada jemaah yang sanggup solat dibilik dari solat di Masjid sewaktu di sana melainkan yang mengalami keuzuran. Malang sekali bagi jemaah sekiranya mensia-siakan peluang ini. Tapi saya amat hormat d
engan cara-cara jemaah haji dari sesetengah negara yang mana mereka sangat mengunakan waktu menunaikan haji dengan penuh semangat seolah-olah mereka akan meninggalkan dunia yang fana ini.

Apabila menghabiskan waktu di masjidil haram, terdapat ada para jemaah yang tidak berhenti-henti mengabdikan diri dengan penuh keinsafan untuk memohon ampun pada Allah. Ketika di sana, lagi-lagi waktu berdoa, air mata sangat lah murah. kerana tiap-tiap kali berdoa terasa dekat dengan Allah. Lagi-lagi apabila mendengar imam masjid membaca doa, azan serta bacaan al-quran yang berkumandang. MasyaAllah, hanya hamba yang berharap redha Allah akan tersentuh dan terasa hinanya diri ini.

saya mengucapkan SELAMAT MENGERJAKAN HAJI bagi p
ara jemaah Malaysia terutamanya. Impiankanlah haji yang mabrur. Haji yang mabrur dapat menyempurnakan hidup yang mana rezeki lebih mudah, ibadah lebih sempurna, kerahmatan kepada keluarga, dan kesihatan. InsyAllah...



aku yang masih mengharapkan rahmatNya*

No comments: