Sunday

Anda adalah apa yang anDa yang Fikir..


bismillah Pictures, Images and Photos

alhamdulillah..kerana masih diberi kekuatan untuk mengupdate blog ini..

Sakit..tiap-tiap insan pernah mengalami kesakitan. Tujuan diuji, mungkin atas penyebab untuk diambil nyawa, mungkin juga tujuan Allah ingin membalas kesilapan-kesilapan yang telah lalu.nauzubillah..

Apakah yang bakal berlaku tiba-tiba seseorang individu yang sedang bahagia menonton televisyen, melancong dan bekerja. Tiba-tiba mengadu tidak sedap badan dan terus ke hospital lalu disahkan menghidapi penyakit kronik. Semestinya persepsi hidup individu itu bakal berubah. Terdapat individu yang mengahadapinya dengan penuh sabar dan ada juga yang kurang sabar.

Saya ingin kongsi cerita silam..

Pada tahun 2004, saya telah menghidap penyakit batu karang yang teruk. Tiap-tiap kali saya harus berulang ke hospital dan makan ubat yang sama, akhirnya doktor menasihati saya agar melakukan pembedahan buang hempedu. Saya berdoa tidak putus-putus agar Allah tunjukkan jalan. Suatu hari, sedang menjalani rawatan di hospital tiba-tiba ada seorang nurse mendekati saya dan berkata "akak kalu ikutkan lebih baik akak pergi cari ubat-ubat selain dari hospital, sekiranya akak buang hempedu kemungkinan seumur hidup akak akan merana" Disebabkan hempedu adalah salah satu organ terpenting. Saya pun ambil keputusan agar tidak membuat pembedahan walaupun doktor tetap memaksa.

Akhirnya setelah 3 tahun, telah menghabiskan duit pergi berubat di merata-rata tempat. Dengar sahaja ubat yang baik dari sesiapa, terus saya cuba, baik ubatan moden atau tradisional.Dan apa-apa sahaja ubat yang disyorkan di farmasi turut saya beli. Disamping, sentiasa berdoa agar saya tidak putus asa dan Allah berikan jalan-jalan terbaik.

Seingat saya, tempat terakhir saya mendapat rawatan adalah secara tradisional yang mana pengamalnya mengunakan ayat-ayat Al-quran.Selepas banyak berubat, saya ke hospital sekali lagi untuk scan batu karang.The miracle of Allah, didapati batu karang telah kurang dan pecah menjadi serpihan. Bersyukur yang tidak terhingga, apabila dapat mengetahui berita gembira tersebut. Mungkin ini lah berkat usaha-usaha yang tidak pernah kenal putus asa dan sentiasa berfikiran POSITIVE.

Pengajaran yang saya dapat dan ingin saya kongsikan bagi rakan-rakan yang sedang sakit. Pertama bersabarlah dan jangan kenal putus asa. Anggap ini semua ujian dari Allah. Dan point terpenting saya ingin sampaikan disini adalah berkenaan:
BERFIKIRLAH secara POSITIF.

Untuk memdapat minda yang POSITIF

1. Sentiasa mengadu masalah pada Allah

2. Jangan pernah membuat sebarang conclusion yang -ve sebelum mencuba sesuatu perkara

3. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, manusia dan alam.

4. Jangan pernah menyalahkan setiap kesilapan yang kita telah lalui, lagi-lagi menyalahkan ketetapan dan takdir.

Kerana

APABILA MINDA SENTIASA BERFIKIR POSITIF, SEL-SEL DALAM BADAN KITA AKAN BERUBAH MENJADI POSITIVE, LALU SEL-SEL AKAN MERANSANG UNTUK SIHAT..

Sedikit celoteh:
Jangan pernah kenal putus asa, dan jangan persalahkan "keadaan". Contohnya, jika seseorang telah datang pada kita dan mengesyorkan satu ubatan yang mungkin sesuai dengan penyakit yang kita hadapi pada ketika itu. Lalu penyakit yang dihadapi makin bertambah teruk atau masih tidak memberi apa-apa kesan. Akhirnya, kita persalahkan ubat dan individu terbabit. Sepatutnya kita, yang miliki akal yang sempurna perlulah berfikir sebelum bertindak sesuatu, seharusnya kita mengambil tahu detail-detail ubat yang diambil terlebih dahulu. Selain itu, individu terbabit tidak sepatut dipersalahkan, kerana ini akan mengancam hubungan silatulrahim sesama kita. Sedangkan dengan ukhwah umat dapat bangkit bersatu. Begitu juga, sekiranya hubungan kita antara manusia tidak baik, lalu asyik mempersalahkan individu terbabit.Sekiranya usaha kita tadi tidak bersesuaian. Apalah salahnya kita berusaha lagi mencari jalan lain. Dan sekiranya berlaku kematian, sebagai hamba tuhan kita haruslah menerima ketetapan ini. Bukan kerana tersilap telan ubat, berlaku kemalangan dan lain-lain yang menyebabkan seseorang itu boleh meninggal dunia, tetapi sudah ditetapkan kematian kita berlaku dengan pelbagai keadaan.Kerana AJAL DAN MAUT DI HANYA diTANGAN ALLAH.Oleh itu, sampai bila kita mahu menjadi individu yang sentiasa berfikir negatif. Apabila otak sudah penat menyalahkan segala yang berlaku, hati pun bertambah sakit, maka hidup mula tidak tenteram. Badan yang sihat menjadi sakit. Orang yang sakit turut bertambah sakit. it's right??

Ok.last but not list, im want to say sorry jika terlepas kata.
Baik dari Allah,kurang dari kelemahan saya.
*untuk peringatan diri ini terutamanya

So

THE POINT OF VIEW

THINKS POSITIVE TO ACHIEVE A IMPOSIBBLE...wallahua'lam
Mudah-mudahan kita sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik agar dapat beribadah dengan baik.amin


aku yang sentiasa mengharapkan pentunjuk dari yang Esa*


No comments: