Tuesday

hiDup BerKeluarga d4Life

salam..

Saya menyertai 4life selepas balik dari haji 2009. Pada permulaannya saya dikenalkan oleh rakan. Rakan tersebut telah mengenalkan saya dengan sepasang doktor yang mana mereka adalah suami isteri. Setinggi penghargaan kepada rakan dan doktor. Semasa saya berangkat ke Mekah, saya dan suami membawa bekalan ubatan yang diasaskan oleh 4life. Sewaktu itu, dunia sedang dilanda isu H1N1. Disana saya menjadikan TF Advance sebagai makanan tambahan. Alhamdulillah, badan terasa ringan untuk mengerjakan ibadah haji. Semasa ke Arafah, seseorang rakan saya mengadu yang dia mengalami demam dan batuk yang yang kuat. Saya telah memberikan TF Advance. Keesokkannya, demam dan batuknya didapati berkurangan, alhamdulillah.

Selepas pulang dari mengerjakan haji, saya bergiat aktif dalam 4life. Dimana saya telah memperkenalkan produk kesihatan ini kepada rakan-rakan. Pengalaman yang paling menyeronokkan  dalam 4Life ialah dimana saya berjaya membantu rakan-rakan menjadi sihat. Mula-mula, saya perkenalkan kepada seorang rakan sekerja yang menghidap tekanan jantung dan dirawat di IJN. Waktu itu, beliau sedang sakit tenat. Saya telah mengesyorkan TF Advance dan menyuruh beliau berjumpa dengan doktor Dr Ida dan Dr Azif  (*keluarga 4Life). Selama beberapa minggu, beliau datang mengucapkan setinggi terima kasih kepada saya dan menyatakan jatung beliau makin pulih dan tidak perlu ke IJN lagi. Dan kini beliau juga salah seorang keluarga 4Life.

Kini, saya telah berjaya membantu rakan-rakan dan saudara saya yang ada mengalami masalah kesihatan samada yang serius atau pun tidak. Selama saya memperkenal produk 4Life, saya tidak pernah memaksa sesiapa melainkan dengan keinginan mereka yang ingin mencuba. Tapi saya sering memberitahu bahawa ubat ini bukan lah penyembuh, yang menyembuhkan adalah Allah. Jadi disamping beramal dengan ubat 4Life perlulah berdoa dan yakin. Kebanyakan pesakit kurang yakin, kerana sering berfikir negatif sebelum mencuba sesuatu. Oleh sebab itu, ada sesetengah yang cepat berputus asa.

Terdapat juga rakan saya yang menghidap bermacam jenis kanser dan denggi telah mencuba TF Advance, dimana meninggalkan kesan yang baik,alhamdulillah. Kini saya dan keluarga menjadi pengamal produk kesihatan ini. Disebabkan produk ini tidak mengandungi drug dan diperbuat dari sumber galian semula jadi. Saya telah mengantikan penadol kepada TF Advance yang mana memberi kesan yang lebih cepat.


Di 4Life, bukan hanya membantu saya meningkatkan kesihatan tetapi juga membantu dalam masalah kewangan. Mula-mula, saya berasa kurang yakin disebabkan saya tidak minat lagi-lagi berkaitan dengan perniagaan ini. Tapi sejak kami sekeluarga diberi pendedahan dan bantuan dari senior 4Life. Kini hidup saya sekeluarga berubah. Dahulunya saya seorang yang tiada keyakinan, pasif, dan tidak bersemangat. Mungkin dulu masih tidak nampak jalan dan cara untuk mengubah nasib hidup. Alhamdulillah, doa saya di kaabah dimakbulkan agar dapat dilapangkan rezeki.

Dahulu sering tertekan dengan masalah hidup, sekarang pulangan balik atas usaha-usaha di 4Life telah membantu saya menghadapi masalah kewangan. Barulah saya dapat merasa nikmat kesenangan. Saya dapat menambahkan harta, memberi pendidikan yang bagus kepada anak-anak, membeli belah dan melancong. Disamping itu, "family gathering" yang 4Life anjurkan memang membuka minda malah dapat mengerat hubungan kami dengan keluarga lain di 4Life. Saya sering dapat tunjuk ajar. Orang atasan di 4Life yang tidak pernah berhenti memberi motivasi dan semangat untuk kehadapan.

Perniagaan di 4Life bukan mendidik agar setiap ahli berlumba-lumba untuk mendapatkan untung masing-masing. Tapi disini kami dididik sebagai salah sebuah keluarga yang mana kami harus bantu-membantu antara satu sama lain agar bersama-sama maju dan mendapat pulangan yang menguntungkan. Di 4Life terdapat pangkat yang di anugerahkan pada setiap ahli. Permulaan ahli yang berjaya bakal menerima pangkat QD ( qualified diamond ) ,pangkat kedua PD ( presidential diamond ), ketiga ID (international diomand ), GID ( gold international diamond ) dan seterusnya PID ( platinum international diomand ). Setiap pangkat mempunyai pendapatan bulanan yang berbeza. Saya telah menerima anugerah PD baru-baru ini di PICC.

Ahli 4Life yang berpangkat tinggi sudah pasti telah menyertai 4Life lebih lama lagi. Walaupun mereka telah meraih kemenangan yang tinggi, tapi saya berbangga mereka tidak pernah yang melupakan ahli-ahli di bawah mereka. Orang atas sering membantu orang di bawah agar dapat sama-sama naik seperti mereka yang di atas. Oleh itu, 4Life mengadakan seminar untuk ahli keluarga 4Life, yang mana senior-senior sering memberi didikan, memupuk, dan menanam semangat kepada anak-anak buah yang lain, walaupun baru bergelar ahli baru. Kami sering dihargai oleh 4Life. Setiap tahun 4Life akan mengadakan pertemuan semua ahli 4life di seluruh negara dan diberi penghargaan kepada ahli walaupun di peringkat bawah.

Alhamdulillah, Allah telah memberi saya peluang dan ruang untuk menyertai 4Life. Walaupun, untuk naik ke atas bukan lah satu pekara yang mudah. Setiap cabaran dan rintangan harus dilalui. Kebanyakan sesetengah orang tidak sanggup berubah kerana takut berhadapan cabaran. Beban saya di 4Life sering dibantu oleh pakar-pakar di 4life. Tidak pernah datang sesuatu kejayaan tanpa usaha.

Bagi sesiapa yang keinginan untuk merubah nasib hidup. Tanamlah impian dan berfikirlah positif. Kerana setiap mustahil akan tidak menjadi mustahil sekiranya kita betul ada tekad dan azam. Disamping berdoa dan mintak pertolongan Allah. 4Life adalah agensi yang tidak lekang membantu antara satu lain.

4LIFE telah memecahkan belenggu hidup saya yang selama ini hanya dibelakang. Kini membuka minda saya ke arah memajukan diri dan keluarga. Bahawanya Allah inginkan hambaNya berusaha menjadi kaya, agar hambaNya banyak bersyukur. Rezeki kita ada dimana-mana, oleh itu kita berusahalah dan jangan putus asa.

Alhamdulillah dan setinggi penghargaan buat 4Life..


4Life B.I.G Convention di PICC 2010



pasangan yang banyak membantu Dr Ida dan Dr Azif serta En.Rahim 
Tanhiah senior-senior 4life yang bakal merangkap PID* 


aku yang masih mengarapkan petunjuk dariMu*

No comments: