Sunday

ALLAH ingin kita Kaya, agaR kiTa banyaK BersyUkur..

Salam..

ADAKAH KITA MERASA CUKUP DENGAN KEHIDUPAN SEPERTI INI :



                     


Kehidupan ini sentiasa akan membelenggu kita sekiranya:


  • TAKUT UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN HIDUP
  • HIDUP TIADA CABARAN DAN TIDAK MAMPU MENERIMA CABARAN
  • TIADA KEYAKINAN DIRI UNTUK HIDUP LEBIH MAJU
  • TIADA MOTIVASI DIRI
  • TIDAK BERFIKIRAN TERBUKA DAN POSITIF
  • PEMIKIRAN YANG SERING MENYALAHKAN SEMUA PIHAK 
  • TAKUT MENCUBA YANG BARU
  • KURANG BERDOA DAN BERSYUKUR PADA TUHAN
Tapi adakah kita mampu merasai sebegini :




                                                          

            

KITA MAMPU SEKIRANYA :

  • ADA SIKAP POSITIF DAN TERBUKA
  • ADA KEINGINAN UNTUK MERUBAH HIDUP
  • SANGGUP MENERIMA CABARAN
  • CUBA HIDUP BERDIKARI
  • SUKA MENCUBA SESUATU

Setiap insan diberi peluang sekali untuk hidup. Maka kita sebagai khalifah harus ada sikap ingin berubah dari satu keadaan yang baik kepada yang lebih baik. Sesungguhnya nabi sendiri menyuruh umatnya berhijrah dalam kontek yang bersesuaian dengan waktu dan keadaan kita sekarang ini. Tapi kebanyakan manusia takut melakukan penghijrahan. Kerana gambaran yang sering muncul dalam pemikiran adalah kegagalan dan tiada kemampuan diri.


Sampai bila kita sanggup meneruskan hidup yang hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Kebanyakan hidup berkeluarga bagi banyak tekanan dan masalah. Mungkin ada banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Makan dan minum hanya setakat kemampuan. Mengapa kita tidak terdorong untuk melakukan satu perubahan. Sedangkan kita semua boleh merasai hidup yang mewah, kereta yang mewah, keluarga yang bahagia, pendapatan hidup yang tinggi, serta dapat melancong ke seluruh dunia.

Agama Islam itu adalah satu agama yang sangat kaya. Lihatlah zaman dahulu di mana empayar-empayar di pegang oleh kepimpinan Islam. Sedangkan Rasullah s.a.w turut merupakah pendagang yang kaya raya. Abdul Rahman bin Auf juga seorang sahabat nabi yang banyak memiliki kekayaan dan aset.

Kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita berfikir bahawa kita tidak mampu memlakukan perubahan. Maka kita tidak akan berani melakukan perubahan. Ramai insan susah ingin melakukan perubahan. Kerana mereka selalu berfikiran tidak positif dan terbuka. Sedang kekayaan itu milik setiap insan. Jadi sesiapa yang berani mencuba dan sentiasa releven dalam pemikirannya hanya mampu mencapai kehidupan yang lebih sempurna.

Pupuklah SIKAP POSITIF melalui :

  • Mendoa memohon dikurniakan nikmat
  • Pecahkan belenggu ketakutan
  • Berubah bukan kerana orang lain
  • Sering bersyukur
  • Jangan putusan asa setiap halangan cabaran  
                                                                                                        
  (*hidup ini perlu sanggup menghadapi banyak halangan, kerana dengan kejayaan yang diperolehi nanti, bolehlah dijadikan cerita pada orang lain, disamping memberi semangat satu sama lain. Sekiranya terdapat insan-insan yang sering memperlekehkan tindakan kita. Anggaplah itu satu cabaran dan terus apa yang kita mahu capai. Manusia yang berjaya ialah manusia yang berani bangkit )

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

yang baik dari Allah, kekurangan dari saya
motivasi ditujukan buat diri ini terutamanya*
Wallahu'alam






No comments: